Definisi pantun/ takrifan
Harun mat piah pada 1989 telah memberikan definisi
pantun berdasarkan aspek dalaman dan luaran atau struktur visualnya. Aspek
dalaman pantun meliputi unsure estetik dan isi. Unsure estetik pantun dapat
dilihat berdasarkan dua aspek iaitu, berkaitan penggunaan lambing tertentu
mengikut tangkapan dan pandangan masyarakat melayu. Kedua adalah berdasarkan
hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pasangan maksud secara konkrit
@ abstrak.
Ciri-ciri
·
Pantun mempunyai
rangkap yang berasingan, setiap rangkapnya.
Terbina daripada baris-baris yang sejajar dan
berpasangan seperti 2,4,6,8,10,12, dan 16 baris. Pembentukan rangkap
berdasarkan rangkapnya iaitu 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat hinggalah 16 kerat dan
pantun berkait. Contoh pantun berkait dibawah;
Lebah
terbebas terbang sekawan,
Dagangan indah tidak terbeli.
Hinggap dicelah kayu berduri,
Kepayang tumbuh dalam dulang,
Dagangan indah tidak terbeli,
Sayang sungguh nyawanya hilang.
·
Setiap baris mengandungi 4 hingga
5 kata dasar dalam sebaris Contohnya:
pulau pandan jauh ketengah,.
Hancur badan dikandung
tanah,
Budi baik dikenang jua.
·
Setiap baris juga mengandungi
jumlah suku kata 8 hingga 10.
Contohnya: kalau ada sumur di ladang,
-- 9 suku kata
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
·
Setiap stanza atau rangkap
mempunyai unit atau kuplet iaitu, pembayang, maksud atau sampiran dan unit
maksud. Contohnya:
Anak Sembilan di tapak
tangan,
Hilang di mata di hati
jangan.
·
Mempunyai skima rima hujung atau
rima akhir dan tetap contoh; a,b,a,b. Contohnya:
pucuk pauh delima batu - a
Anak Sembilan di tapak
tangan, - b
Sungguh pun jauh beribu
batu, - a
Hilang di mata di hati jangan. – b
Setiap
stanza pantun merupakan keseluruhan idea iaitu mengandungi satu fikiran yang
lengkap dengan kata lain pantun sempurna dalam satu rangkap saja. Walau
bangaimanapun, terdapat juga pantun yang tidak lengkap hanya satu rangkap saja
iaitu antun berkait. Contohnya:
Lebah terbebas terbang
sekawan,
Alangkah cabar rupanya
tuan,
Hinggap dicelah kayu berduri,
Kepayang tumbuh dalam dulang,
Dagangan indah tidak terbeli,
Sayang sungguh nyawanya hilang.
·
Setiap pantun mempunyai jeda
pertengah baris. Contohnya:
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolang
tunjukkan.
·
Mempunyai persamaan bunyi
dihujung baris atau di tengah baris . Ritma.. Contohnya:
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolang
tunjukkan.
·
Pembayang maksud
diambil dari unsur-unsur alam , yang mengandungi perkataan yang kemas, padat.
Ia juga mempunyai maksud tertentu membantu keindahan pada ucapan. Contohnya:
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolang
tunjukkan.
PENGOLONGAN PANTUN
|
Terbahagi
kepada 3 iaitu,
Penjenisan
pantun dari sudut audian( orang yang mendengar)
Penjenisan
pantun dari sudut bentuk.
Penjenisan
pantun dari sudut tema.
a)
Penjenisan
pantun dari sudut audian
Untuk
membina @ membuat pantun perlu dilihat dari sudut audian, iaitu pihak yang
berpantun atau pihak yang mendengarnya. Untuk ini kita akan membahagikannya
mengikut peringkat usia, sekurangnya 3 jenis audian, iaitu, kanak-kanak,
orang-orang dewasa/ remaja dan orang-orang tua. Contohnya, pantun sesuai
kanak-kanak;
Timang tinggi-tinggi sampai
cucur atap,
Belum tumbuh gigi sudah pandai
baca kitab.
§ Begitu juga, pantun yang sesuai yang membawa masuk
kea lam remaja yang bersifat; Contohnya:
Cahaya redu mengenggarkan,
Ayam berkokop mengirai
pagi,
Jikalau hidup tidak
berbudi,
Umpama pokok todak berbuah.
§ Selain itu, pantun yang sesuai untuk golongan tua,
seperti pantun adat dan pantun agama; Contohnya:
Anak ayam turun satu,
Mati seekor habis hilang,
Afdal kami sampai disitu,
Hendaknya diperkenankan
tuhan.
b)
Penjenisan
pantun dari sudut bentuk;
Pantun
melayu tradisional dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut bentuk.
Pada umumnya dibahagikan kepada 4;
Pantun 2 baris
yang dikenali sebagai pemeo atau kilat.
Pantun yang
lebih daripada empat baris
Pantun berkait.
Contohnya
pantun 2 baris,
Ada ubi ada batas,
Ada hari boleh balas.
Contoh
pantun 4 baris,
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolang
tunjukkan.
c) Penjenisan
dari sudut tema.
Pantun
boleh dilihat dari segi tema dan persoalan yang akan disampaikan. Pembahagian
ini seperti berikut;
i.
Pantun adat dan adat resam mengambarkan adat resam manusia,
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
ii.
pantun agama dan kepercayaan menggambarkan tentang agama dan
kepercayaan terhadap Allah.
Anak ayam turun Satu,
Mati seekor habis hilang
iii.
Pantun budi
menggambarkan budi pekerti seseorang amat penting dalam sesebuah
masyarakat.
Ada ubi ada batas,
Ada hari boleh balas.
iv.
Pantun kasih sayang menggambarkan kasih sayang serta isi
hati yang ingin diluahkan contohnya;
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
v.
Pantun teka-teki menguji kebijaksanaan dan ketajaman
akal. Contohnya;
Burung nuri burung dara,
Terbang kesisi taman
kayangan,
Cubalah cari wahai
saudara,
Makin diisi makin
ringan.
FUNGSI PANTUN
|
v
Sebagai
alat hiburan yang mana masyarakat pada zaman dahulu mempunyai hiburan yang lain
dan kegiatan ekonomi mereka berkait dalam bidang pertanian dan perternakan,
maka mereka sibuk menbanting tulang pada siang hari. Jadi mereka mancari
hiburan dengan berpantun pada waktu malamnya untuk merehatkan minda setelah
seharian bekerja. Contohnya: mereka menyanyi pantun tersebut, dongdang sayang,
rodak.
Tunai
padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai
kami antara Nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
v
Pantun
digunakan sebagai alat komunikasi masyarakat bagi menyampaikan isi hati seperti
sangjungan, hajat pemujaan kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis
rasmi.
Contohnya; Daun sirih sudah disusun,
Siap dengan gambir dan
kapur,
Adat semang pulang ke
dusun,
Adat belut pulang ke
lumpur.
v
Pantun
digunakan sebagai alat unutk menguji ketajaman akal, iaitu dapat memberi
gambaran masyrakat berkaitan minda dan pemikiran masyrakat melayu tradisional
contohnya,
Burung nuri burung dara,
Terbang kesisi taman
kayangan,
Cubalah cari wahai
saudara,
Makin diisi makin
ringan.
Pantun sebagai adat.
Ø Didalam pantun juga diselitkan unsur-unsur nasihat
yang berguna kepada rakyat. Contohnya berbudi bahasa serta berpegang teguh
kepada ajaran agama contoh,
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Ø Sebagai alat untuk kegiatan agama dan kepercayaan
seperti dijadikan zikir atau dikir. Contohnya:
Anak ayam
turun satu,
Mati
seekor habis hilang,
Afdal kami sampai disitu,
Hendaknya diperkenankan tuhan.
Ø Pantun digunakn sebagai sindiran kritikan semada
secara kiasan atau berterus terang. Contohnya:
Cantik sungguh tudung saji,
Orang Melaka jual dipekan,
Janglan bertangguh bila berjanji,
Sampai masa sila tunaikan.
Variasi ( kepelbagaian ) pantun
Ø Pantun
mempunyai pelbagai bentuk daripada 2 hingga 16 baris serangkap contohnya pantun
2 baris.
Pinggang tak retak nasi tak dingin,
Kau
tak hendak aku tak ingin.
Ø Sebagai bagi sebarang tema seperti, tema agama ,
nasihat, kasih sayang, budi, adat dan sebagainya. Contohnya:
Nasi lemak
buah bidara
Sayang
selasih saya lurutkan,
Buang emak
buang saudara,
Kerana kasih
saya turutkan.
Ø Sesuai
bagi semua lapisan masyarakat seperti, golongan kanak-kanak, orang dewasa,
orang tua dan sebagainya. Contohnya:
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolang tunjukkan.
Ø
Digunakan
dalam pelbagai situasi atau keadaan seperti adat peminangan, majlis rasmi atau
dilagukan. Contohnya:
Tuai padi antara
masak,
Esok jangan
layu-layuan,
Intai kami antara
nampak,
Esok jangan
rindu-rinduan.
( pantun ini
sesuai dilagukan)
Segar
sepanjang zaman
Pantun
sesuai digunakan sepanjang masa dalam pelbagai situasi. Malah dapat diterima
dalam
Masyarakat
hari ini. Dengan kata lain, pantun tak lapuk dek zaman.
Pantun digunakan secara lisan dan
tulisab seperti dalam surat akhbar, atrikel, majalah dan sebagainya.
Contohnya, pantun digunakan
sebagai pengindah bicara dalam surat.
SYAIR
|
Istilah
syair berasal daripada bahasa arab yang bermaksud puisi secara umum. Syair
melayu tidak beracuankan. Syair daripada tradisi arab tetapi dalam bentuk acuan
asli melayu ( Harun Mat Piah ).
Ciri-ciri
syair / pembentukan
1. Setiap
rangkap syair mengandungi 4 baris serangkap. Ini bermakna tiap-tiap 1 rangkap
mengandungi jumlah baris yang tepat. Contohnya:
Berkata ilmu akulah sultan,
Kerajaan aku darat dan lautan,
Jahil berseru aku syaitan,
Ikutlah aku mereka hutang.
2. Setiap
baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan;
3.
Syair
mempunyai jumlah suku kata antara 8 hingga 12 dalam sebaris Contohnya:
Lalai memandang
ikan dilubuk
Hati dan jantung
bagai serbuk
Laksana kayu di
makan bubuk
4.
Mempunyai rima akhir
atau rima hujung iaitu aaaa. Contohnya
:
5.
Isi
syair adlah berdasarkan pelbagai jenis tema iaitu;
Syair
( seloka )
Definisi seloka adalah berasal daripada perkataan
Sanskrit iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada 2 baris atau 2kerat yang
setiap satunya mengandungi 16 suku kata. Yang disusun dalam 4 unit. Dalam
kesusasteraan melayu tradisional iaitu seloka merupakan puisi bebas, tidak
tentu barisnya dalam serangkap, tidak tentu jumlah baris dalam sebaris dan
mempunyai rima atau tidak. Seloka juga mempunyai beberapa baris rangkap untuk
melengkap keseluruhan idea ( Harun Mat Piah ).
Fungsi seloka
1)
Seloka digunakan
sebagai alat hiburan. Ini kerana dalam isi seloka mengandungi nada jenaka dan
kadang-kadang mengandungi perasaan asyik dan khayal.
2)
Seloka digunkan
sebagai alat sindiran atau kiasan. Ini kerana dalam isi seloka sindiran sinis
iaitu enyindir kelakuan sesetengah anggota masyrakat.
3)
Sebagai alat
pengajaran dan panduan . dalam isi seloka dimuatkan tentang tingkah laku yang
baik serta buruk yang boleh dijadikan panduan kepada khalayat. Contohnya;
perilaku Pak Pandir, contoh dalam pandai Pak Pandir sikap Pak Pandir yang
berlagak pandai dan mudah terpengaruh boleh kita jadikan sebagai satu iktibar.
GURINDAM
|
Definisi gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit.
Menurut Raja Ali Haji, gurindam iailah perkataan yang bersajak akhir
pasangannya tetapi sempurna perkataan dengan satu pasangannya sahaja, iaitu
seperti sajak, yang pertama ialah: syarat dab sajak, yang kedua ialah jawab.
Menurut Sultan Ali syahbana menjelaskan gurindam ialah terdiri daripada sebuah
kalimat majmuk yang dibahagi kepada 2 baris yang bersajak.
Ciri-ciri
pembentukan gurindam
1)
Mempunyai 2
kalimat iaitu anak kalimat dan induk kalimat; Contohnya:
Norma-norma yang baik,
Dalam perhubungan suami isteri.
Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.
No comments:
Post a Comment