Sunday 2 June 2013

PENGENALAN SASTERA TRADISIONAL PENGGAL 1

Definisi pantun/ takrifan
Harun mat piah pada 1989 telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsure estetik dan isi. Unsure estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek iaitu, berkaitan penggunaan lambing tertentu mengikut tangkapan dan pandangan masyarakat melayu. Kedua adalah berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pasangan maksud secara konkrit @ abstrak.
Ciri-ciri
·         Pantun mempunyai rangkap yang berasingan, setiap rangkapnya.
·         Terbina daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan seperti 2,4,6,8,10,12, dan 16 baris. Pembentukan rangkap berdasarkan rangkapnya iaitu 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat hinggalah 16 kerat dan pantun berkait.
Contoh pantun berkait dibawah;
    Lebah terbebas terbang sekawan,
         Hinggap dicelah kayu berduri,
    Alangkah cabar rupanya tuan,
         Dagangan indah tidak terbeli.

    Hinggap dicelah kayu berduri,
        Kepayang tumbuh dalam dulang,
    Dagangan indah tidak terbeli,
       Sayang sungguh nyawanya hilang.

·         Setiap baris mengandungi 4 hingga 5 kata dasar dalam sebaris.
Contohnya: pulau pandan jauh ketengah,
                   Gunung/Daik/bercabang/tiga    4 patah perkataan.
                   Hancur badan dikandung tanah,
                   Budi baik dikenang jua.
     


·         Setiap baris juga mengandungi jumlah suku kata 8 hingga 10.
Contohnya: kalau ada sumur di ladang, -- 9 suku kata
                   Boleh saya menumpang mandi,
                   Kalau ada umur yang panjang,
                   Boleh kita berjumpa lagi.
·         Setiap stanza atau rangkap mempunyai unit atau kuplet iaitu, pembayang, maksud atau sampiran dan unit maksud.
Contohnya: pucuk pauh delima batu,                      pembayang
                   Anak Sembilan di tapak tangan,
                   Sungguh pun jauh beribu batu,             maksud
                   Hilang di mata di hati jangan.
·         Mempunyai skima rima hujung atau rima akhir dan tetap contoh; a,b,a,b.
Contohnya: pucuk pauh delima batu             - a
                   Anak Sembilan di tapak tangan, - b
                   Sungguh pun jauh beribu batu,   - a       
                   Hilang di mata di hati jangan.     – b

Setiap stanza pantun merupakan keseluruhan idea iaitu mengandungi satu fikiran yang lengkap dengan kata lain pantun sempurna dalam satu rangkap saja. Walau bangaimanapun, terdapat juga pantun yang tidak lengkap hanya satu rangkap saja iaitu antun berkait.
Contohnya:    Lebah terbebas terbang sekawan,
                      Hinggap dicelah kayu berduri,
                      Alangkah cabar rupanya tuan,
                      Dagangan indah tidak terbeli.

        Hinggap dicelah kayu berduri,
        Kepayang tumbuh dalam dulang,
        Dagangan indah tidak terbeli,
        Sayang sungguh nyawanya hilang.




·         Setiap pantun mempunyai jeda pertengah baris.
Contohnya: Buah cempedak diluar pagar,
                   Ambil galah tolong jolokkan,
                   Saya budak baru belajar,
                   Kalau salah tolang tunjukkan.
·         Mempunyai persamaan bunyi dihujung baris atau di tengah baris . Ritma..
Contohnya: Buah cempedak diluar pagar,
                   Ambil galah tolong jolokkan,
                   Saya budak baru belajar,
                   Kalau salah tolang tunjukkan.
·         Pembayang maksud diambil dari unsur-unsur alam , yang mengandungi perkataan yang kemas, padat. Ia juga mempunyai maksud tertentu membantu keindahan pada ucapan.
Contohnya: Buah cempedak diluar pagar,
                   Ambil galah tolong jolokkan,
                   Saya budak baru belajar,
                   Kalau salah tolang tunjukkan.

PENGOLONGAN PANTUN

 




Terbahagi kepada 3 iaitu,
*      Penjenisan pantun dari sudut audian( orang yang mendengar)
*      Penjenisan pantun dari sudut bentuk.
*      Penjenisan pantun dari sudut tema.

a)      Penjenisan pantun dari sudut audian
Untuk membina @ membuat pantun perlu dilihat dari sudut audian, iaitu pihak yang berpantun atau pihak yang mendengarnya. Untuk ini kita akan membahagikannya mengikut peringkat usia, sekurangnya 3 jenis audian, iaitu, kanak-kanak, orang-orang dewasa/ remaja dan orang-orang tua. Contohnya, pantun sesuai kanak-kanak;
                Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap,
                Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab.

§  Begitu juga, pantun yang sesuai yang membawa masuk kea lam remaja yang bersifat;
Contohnya:  Cahaya redu mengenggarkan,
                    Ayam berkokop mengirai pagi,
                    Jikalau hidup tidak berbudi,
                    Umpama pokok todak berbuah.
§  Selain itu, pantun yang sesuai untuk golongan tua, seperti pantun adat dan pantun agama;
Contohnya: Anak ayam turun satu,
                   Mati seekor habis hilang,
                   Afdal kami sampai disitu,
                   Hendaknya diperkenankan tuhan.
b)      Penjenisan pantun dari sudut bentuk;
Pantun melayu tradisional dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut bentuk. Pada umumnya dibahagikan kepada 4;
*      Pantun 2 baris yang dikenali sebagai pemeo atau kilat.
*      Pantun 4 baris         kuantren
*      Pantun yang lebih daripada empat baris
*      Pantun berkait.
Contohnya pantun 2 baris,
            Ada ubi ada batas,
           Ada hari boleh balas.
Contoh pantun 4 baris,
                   Buah cempedak diluar pagar,
                   Ambil galah tolong jolokkan,
                   Saya budak baru belajar,
                   Kalau salah tolang tunjukkan.
c)      Penjenisan dari sudut tema.
Pantun boleh dilihat dari segi tema dan persoalan yang akan disampaikan. Pembahagian ini seperti berikut;
        i.            Pantun adat dan adat resam           mengambarkan adat resam manusia,
                   Banyak udang banyak garam,
                  Banyak orang banyak ragam.

      ii.            pantun agama dan kepercayaan         menggambarkan tentang agama dan kepercayaan terhadap Allah.
                      Anak ayam turun Satu,
                     Mati seekor habis hilang
    iii.            Pantun budi       menggambarkan budi pekerti seseorang amat penting dalam sesebuah masyarakat.
                           Ada ubi ada batas,
                          Ada hari boleh balas.
    iv.            Pantun kasih sayang        menggambarkan kasih sayang serta isi hati yang ingin diluahkan contohnya;
                  Tuai padi antara masak,
                  Esok jangan layu-layuan,
                  Intai kami antara nampak,
                  Esok jangan rindu-rinduan.
      v.            Pantun teka-teki        menguji kebijaksanaan dan ketajaman akal. Contohnya;
                       Burung nuri burung dara,
                       Terbang kesisi taman kayangan,
                       Cubalah cari wahai saudara,
                       Makin diisi makin ringan.















FUNGSI PANTUN
 




v  Sebagai alat hiburan yang mana masyarakat pada zaman dahulu mempunyai hiburan yang lain dan kegiatan ekonomi mereka berkait dalam bidang pertanian dan perternakan, maka mereka sibuk menbanting tulang pada siang hari. Jadi mereka mancari hiburan dengan berpantun pada waktu malamnya untuk merehatkan minda setelah seharian bekerja. Contohnya: mereka menyanyi pantun tersebut, dongdang sayang, rodak.
                                          Tunai padi antara masak,
                                               Esok jangan layu-layuan,
                                         Intai kami antara Nampak,
                                              Esok jangan rindu-rinduan.
v  Pantun digunakan sebagai alat komunikasi masyarakat bagi menyampaikan isi hati seperti sangjungan, hajat pemujaan kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi.
     Contohnya; Daun sirih sudah disusun,
                        Siap dengan gambir dan kapur,
                        Adat semang pulang ke dusun,
                        Adat belut pulang ke lumpur.             
v  Pantun digunakan sebagai alat unutk menguji ketajaman akal, iaitu dapat memberi gambaran masyrakat berkaitan minda dan pemikiran masyrakat melayu tradisional contohnya,
                       Burung nuri burung dara,
                       Terbang kesisi taman kayangan,
                       Cubalah cari wahai saudara,
                       Makin diisi makin ringan.
*      Pantun sebagai adat.

Ø  Didalam pantun juga diselitkan unsur-unsur nasihat yang berguna kepada rakyat. Contohnya berbudi bahasa serta berpegang teguh kepada ajaran agama contoh,
                  Pisang emas dibawa belayar,
                  Masak sebiji diatas peti,
                  Hutang emas boleh dibayar,
                  Hutang budi dibawa mati.


Ø  Sebagai alat untuk kegiatan agama dan kepercayaan seperti dijadikan zikir atau dikir. Contohnya:
                        Anak ayam turun satu,
                      Mati seekor habis hilang,
                      Afdal kami sampai disitu,
                      Hendaknya diperkenankan tuhan.
Ø  Pantun digunakn sebagai sindiran kritikan semada secara kiasan atau berterus terang. Contohnya:
               Cantik sungguh tudung saji,
              Orang Melaka jual dipekan,
              Janglan bertangguh bila berjanji,
             Sampai masa sila tunaikan.
*      Variasi ( kepelbagaian ) pantun

Ø   Pantun mempunyai pelbagai bentuk daripada 2 hingga 16 baris serangkap contohnya pantun 2 baris.
                                         Pinggang tak retak nasi tak dingin,
                                         Kau tak hendak aku tak ingin.
Ø  Sebagai bagi sebarang tema seperti, tema agama , nasihat, kasih sayang, budi, adat dan sebagainya. Contohnya:
                                   Nasi lemak buah bidara
                                   Sayang selasih saya lurutkan,
                                   Buang emak buang saudara,
                                   Kerana kasih saya turutkan.
Ø  Sesuai bagi semua lapisan masyarakat seperti, golongan kanak-kanak, orang dewasa, orang tua dan sebagainya. Contohnya:

                   Buah cempedak diluar pagar,
                   Ambil galah tolong jolokkan,
                   Saya budak baru belajar,
                   Kalau salah tolang tunjukkan.


Ø  Digunakan dalam pelbagai situasi atau keadaan seperti adat peminangan, majlis rasmi atau dilagukan. Contohnya:
                          Tuai padi antara masak,
                          Esok jangan layu-layuan,
                          Intai kami antara nampak,
                          Esok jangan rindu-rinduan.
                               ( pantun ini sesuai dilagukan)
Segar sepanjang zaman
Pantun sesuai digunakan sepanjang masa dalam pelbagai situasi. Malah dapat diterima dalam
Masyarakat hari ini. Dengan kata lain, pantun tak lapuk dek zaman.

Pantun digunakan secara lisan dan tulisab seperti dalam surat akhbar, atrikel, majalah dan sebagainya.
Contohnya, pantun digunakan sebagai pengindah bicara dalam surat.


    SYAIR
 




Istilah syair berasal daripada bahasa arab yang bermaksud puisi secara umum. Syair melayu tidak beracuankan. Syair daripada tradisi arab tetapi dalam bentuk acuan asli melayu ( Harun Mat Piah ).
Ciri-ciri syair / pembentukan
1.      Setiap rangkap syair mengandungi 4 baris serangkap. Ini bermakna tiap-tiap 1 rangkap mengandungi jumlah baris yang tepat. Contohnya:
                      Berkata ilmu akulah sultan,
                      Kerajaan aku darat dan lautan,
                      Jahil berseru aku syaitan,
                      Ikutlah aku mereka hutang.
2.      Setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan;
                                   Berkata/ ilmu/ akulah/ sultan,             4 p.p
                                   Kerajaan/ aku/ darat /dan/ lautan,          5 p.p
                                   Jahil/ berseru/ aku /syaitan,            4 p.p
                                   Ikutlah/ aku /mereka/ hutang.          4 p.p

3.      Syair mempunyai jumlah suku kata antara 8 hingga 12 dalam sebaris
      Contohnya:   Mu/la/ di/ka/rang/ i/kan/ te/ru/buk        10 suku kata.
                            Lalai memandang ikan dilubuk
                            Hati dan jantung bagai serbuk
                            Laksana kayu di makan bubuk
4.      Mempunyai rima akhir atau rima hujung iaitu        aaaa.
Contohnya : Mula dikarang ikan terubuk,          a
                     Lalai memandang bagai dilubuk          a
                     Hati dan jantung bagai serbuk         a
                     Laksana kayu di makan bubuk          a
5.      Isi syair adlah berdasarkan pelbagai jenis tema iaitu;
        Tema romantik
        Tema sejarah
       Tema keagamaan
       Tema nasihat
       Tema kiasan.

Syair ( seloka )
Definisi seloka adalah berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada 2 baris atau 2kerat yang setiap satunya mengandungi 16 suku kata. Yang disusun dalam 4 unit. Dalam kesusasteraan melayu tradisional iaitu seloka merupakan puisi bebas, tidak tentu barisnya dalam serangkap, tidak tentu jumlah baris dalam sebaris dan mempunyai rima atau tidak. Seloka juga mempunyai beberapa baris rangkap untuk melengkap keseluruhan idea ( Harun Mat Piah ).
Fungsi seloka
1)      Seloka digunakan sebagai alat hiburan. Ini kerana dalam isi seloka mengandungi nada jenaka dan kadang-kadang mengandungi perasaan asyik dan khayal.
2)      Seloka digunkan sebagai alat sindiran atau kiasan. Ini kerana dalam isi seloka sindiran sinis iaitu enyindir kelakuan sesetengah anggota masyrakat.
3)      Sebagai alat pengajaran dan panduan . dalam isi seloka dimuatkan tentang tingkah laku yang baik serta buruk yang boleh dijadikan panduan kepada khalayat. Contohnya; perilaku Pak Pandir, contoh dalam pandai Pak Pandir sikap Pak Pandir yang berlagak pandai dan mudah terpengaruh boleh kita jadikan sebagai satu iktibar.


GURINDAM
 



Definisi gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Menurut Raja Ali Haji, gurindam iailah perkataan yang bersajak akhir pasangannya tetapi sempurna perkataan dengan satu pasangannya sahaja, iaitu seperti sajak, yang pertama ialah: syarat dab sajak, yang kedua ialah jawab. Menurut Sultan Ali syahbana menjelaskan gurindam ialah terdiri daripada sebuah kalimat majmuk yang dibahagi kepada 2 baris yang bersajak.


Ciri-ciri pembentukan gurindam
1)      Mempunyai 2 kalimat iaitu anak kalimat dan induk kalimat;
Contohnya: Norma-norma yang baik,
                   Dalam perhubungan suami isteri.
Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.
        


1 comment:

  1. Top 3 casinos with Asian players at Mapyro
    Find out where to play in Asia. All casinos 경상남도 출장샵 are licensed and regulated in the country. Play at Mapyro! Find 시흥 출장샵 out the 안양 출장안마 best Asian 파주 출장마사지 casino in 안산 출장안마

    ReplyDelete